Ahad, 15 Januari 2012

7 tips kawin awal,, ~~~

Berikut saya kongsikan 7 tips yang boleh anda ikut dan penuhi terlebih dahulu jika anda ingin kahwin awal di usia muda:
  • TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.
  • TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.
  • TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.
  • TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta  ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.
  • TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.
  • TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

TiPs KaWiN aWaL ~~~

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan jika kita berkahwin di usia lebih muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.

Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetangah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin-kahwin muda tu, tandanya memang dah ‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam Islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.

Usah risau, Allah pasti akan menjanjikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan perintah dengan penuh ikhlas. Kalau berkahwin muda ni, boleh hindarkan diri dari maksiat dan melakukan dosa-dosa.


Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti:-
  • Anda perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.
  • Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.
  • Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.
  • Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
  • Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!
  • Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.
  • Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.
  • Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
  • Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka.
  • Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.
Wah, banyak juga kan perkara yang perlu diambil kira sebelum nak kahwin muda. Ini baru sebelum berkahwin, belum lagi selepas berkahwin. Tapi takpe, usah risau, yang penting anda terus mencari ilmu dan belajar ilmu-ilmu rumahtangga serta banyakkan berdoa. InsyaAllah perkahwinan anda mampu bertahan.