Rabu, 14 Ogos 2013

Air Mata


Air Mata…
Suatu yang sangat bermakna,
Suatu yang mampu mengubah jiwa dan raga,
Suatu yang tidak datang tanpa diundang,
Suatu yang hebat dan tidak ternilai.

Namun..
Air mata boleh menjadi suatu yang sia-sia dan tidak bernilai,
Andai ia dialirkan atas alasan yang rapuh,
Hanya kerana drama-drama sedih di kaca televisyen,
Hanya kerana kisah sepasang kekasih yang diuji,
Hanya kerana kehilangan harta yang bertimbun.

Tetapi, air mata tidak pula dialirkan
Apabila terkenang segala dosa yang dilakukan,
Apabila berdamping dan mengadu pada Yang Esa,
Apabila saudara seagamamu dihina dan dibunuh,
Apabila pejuang-pejuang Islam gugur syahid di medan pertempuran.

Apa nilai air matamu,
Dimata tempat air matamu kau alirkan,
Atas sebab apa air matamu kau alirkan,
Hitunglah,
Nilailah.. Harga Air matamu

Ahad, 14 April 2013

Persoalan Kehidupan


Sebuah kisah bermula dengan tangisan,
Suatu perjalanan penuh 1001 perasaan,
Suka duka sedih gembira silih berganti,
Putaran roda kehidupan membawa seribu erti.
Menjadi bekal menyusuri ranjau berduri
Sebuah kehidupan yang menjadi lautan inspirasi
Kepada insan-insan yang sabar mengharungi.

Duhai pengembara dunia..
Apakah makna kehidupan bagi mu?
Adakah untuk menjadi seorang ynag tersohor dimana namamu disebut-sebut dan disanjung-sanjung..
Atau menjadi pengemudi yang merentasi lautan kehidupan membawa ribuan pengikut, menuju destinasi yang tak pasti.
Apakah erti kehidupan bagi dirimu wahai insan akhir zaman??
Adakah perjalanan hidupmu bermatlamatkan suatu yang pasti
Atau kalian merentasi sejuta rintangan tapi tidak tahu dimana ia akan berakhir nanti

Wahai penghuni dunia..
Apakah kakimu telah dikau pasakkan dibumi sehingga dikau tidak mampu mendongak ke langit
Atau wajahmu dikau dongakkan kelangit sehinngga dikau tidak nampak apa yang ada dibumi.
Apakah sejarah mereka-mereka yang terdahulu kau hanya jadikan sekadar hiburan dan bukan pengajaran
Adakah perjuangan pahlawan terdahulu dikau hanya jadikan tontonan,
Adakah tangisan air mata mereka dikau tidak hiraukan,

Dimana perjalanan kehidupanmu hendak kau akhiri
Dimana dikau ingin tamatkan sebuah kisah perlayaran di lautan kehidupan
Dimana hendak kau tuju bahtera yang kau kemudi,
Dimana dikau hendak tutupkan kisah perjalananmu.
Hanya dirimu mampu mengubah apa yang kau ingin kecapi.
Wahai pengembara dunia yang sementara.

Selasa, 2 April 2013

Wahai Insan


WAHAI INSAN

Duhai orang-orang yang menjadi tawanan dunia,
Yang dihamba oleh hawa nafsunya,
Yang menjadi sarang dosa dan gudang keburukan.

Wahai orang-orang yang gemar bergelumag dalam kesalahan dan kemaksiatan
Yang senang meninggalkan perintah Ar-Rahman
Yang lebih suka mengikut jalan syaitan yang mematikan

Wahai orang yang pergi tanpa bekal
Wahai orang yang matanya beku dan hatinya batu
Wahai orang yang menangisi dunia tanpa menangisi yang terkemudian.

Wahai insan….
Dapatkah dikau jawab tatkala nanti ditanya apa yang dikau lakukan dengan segala nikmat yang dikau perolehi,
Apa yang dikau lakukan dengan tangan dan kakimu,
Apa yang dikau lakukan dengan akal dan fikiranmu,
Apa yang dikau lakukan dengan harta dan keturunanmu,
Apa yang dikau lakukan dimasa mudamu,
Apa yang dikau lakukan dibumi milik-Nya ini..

Wahai insan..
Pernahkan air matamu dikau titiskan kerana takut pada Ilahi,
Pernahkah air matamu mengalirkan kerana terkenang segala dosa yang dikau pernah kau lakukan,
Pernahkah air matamu menangis tatkala bermunajat pada Yang Esa
Mampukah air matamu yang kau alirkan selama ini menjadi pemadam terhadap api yang kelak membakar tubuhmu itu

Atau..
Air matamu hanya mengalir kerana dunia yang sementara
Air matamu mengalir hanya kerana hartamu yang hilang berterbangan
Air matamu menitis saat kekasih hatimu pergi meninggalkanmu
Air matamu hanya kau titiskan pada suatu yang sementara.
Yang tiada nilainya.

Wahai insan yang lena dibuai mimpi.
Sedarlah dari lena dunia yang sementara,
Bangkitlah mengemudi kehidupanmu kearah Yang Esa,
Langkahkan kakimu ke pintu-pintu taubat yang tidak pernah tertutup,
Angkatlah tanganmu memohon keampunan dari Yang Maha Pengampun.
Alirkanlah air matamu demi menghapus dosa silam.

Wahai insan..
Ingatlah…
Yang hidup pasti akan pergi menghadap-Nya,
Sesungguhnya mati itu pasti datang pada setiap insan,
Pabila tiba saatnya tiada apa yang mampu menghalangnya,
Pabila tiba saatnya tiada apa yang mampu menyelamatkanmu selain iman dan amal.
Bukan hartamu yang menimbun
Bukan pangkat yang dikau sandang
Bukan pengikutmu yang memujamu

Wahai insan..
Aturkan semula perjalananmu
Susun kembali langkahmu yang telah tersasar,
Titipkan rasa cinta pada Yang Maha Pencinta,
Hadirkan rindu bertemu Yang Maha Mendengar,
Yang Maha Melihat,
Yang Maha  Mengetahui,
Agar kau tidak lagi leka dan lupa
Yang sesungguhnya kau adalah Insan Milik-Nya.

Insan milik-Nya

Sabtu, 9 Februari 2013

20 Adab Berbual ~~

1. bertujuan baik.
-- "barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam." (direkodkan oleh Bukhari Muslim)

2. jelas dalam perkataan.
-- "bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga mampu difahami oleh semua yang mendengar." (direkodkan oleh Abu Daud)

3. tidak berbual kosong.
-- "sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat adalah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara." (direkodkan oleh Tirmizi )

4. tidak terlalu banyak bercakap.
-- "Ibnu Mas'ud r.a senantiasa mengajar kami setiap hari Khamis maka berkata seorang lelaki : 'Wahai Abu Abdurahman(gelaran Ibnu Mas'ud) ! Mahukan tuan mengajar kami setiap hari?' Maka jawab Ibnu Mas'ud:'Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanku, hanya aku khuatir ia membosankan kamu, keran aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami." (Muttafaq 'alaiah)

5. Mengulangi kata-kata yang penting sekiranya perlu.
-- Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW jika berbicara, baginda SAW mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda SAW mendatangi rumah seseorang baginda SAW mengucapkan salam tiga kali (direkodkan oleh Bukhari).

6. menghindari ucapan yang batil.
-- "sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai olah ALlah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian maka Allah SWT mencatatkammya yang demikian itu sampai hari kiamat." (direkodkan oleh Termizi)

7. menjauhi perdebatan sengit.
-- " Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat." (direkodkan oleh Ahamd dan Termizi)

8. menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.
-- "bukanlah seorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji." (direkodkan oleh Termizi dengan sanad sahih)

9. menghindari banyak bergurau.
-- "sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi Allah SWT pada hari Kiamat kelak adalah golongan yang suka membuat manusia tertawa." (Direkodkan oleh Bukhari)

10. menghindari menceritakan aib.
-- "Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu dia pergi, maka ceritanya menjadi amanah bagimu untuk menjaganya." (direkodkan oleh Abu Daud dan Termizi dan dia menilai hadis ini hasan)

11. mengindari dusta.
-- "Tanda-tanda munafik itu ada tiga; jika ia berbicara ia berdusta, jika berjanji dia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianati." (direkodkan oleh Bukhari)

12. menghindari mengumpat dan mengadu domba.
-- "Janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling berkata-kata keji dan janganlah kamu saling menghindari dan janganlah kamu saling mengumpat satu dengan yang lain dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara." (Muttafaq 'alaih)

13. berhati-hati memuji dengan niat membodek
-- Daripada Abdurrahman bin Abi bakrah dariapada bapanya : Ada seorang yang membodek orang yang lain didepan orang itu, maka kata Nabi SAW "Awas, kamu telah mencelakakan saudaramu!"(2 kali), lalu kata baginda SAW,"Jika ada seseorang ingin memuji orang lain dihadapannya maka ktakanlah: cukuplah si fulan, semoga Allah mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorang pun disisi AllahSWT, lalu barulah katakan yang sesuai kenyataannya." (Hadis Muttafaq 'alaih dan ini adalah lafaz Muslim)

14. penolakan terhadap sesuatu yg tidak dipersetujui perlu dalam keadaan tetap menghormati, suara lembut serta tidak meninggikan suara.

15. penolakan perlu dengan dalil dan nasihat.

16. pernolakan perlu dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya terlebih dahulu sebelum mengomentar yang salah.

17. pernolakan tidak bertentangan dengan syariat.

18. hal ynag dibicarakan adalah hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.

19. tidak berbicara diluar kemampuan lawan berbicara ynag dikhuatirikan menjadi fitnah bagi diri dan agama.

20. saat menolak, perlu  menjaga hati dalam keadaan bersih dan menghindari kebencian serta penyakit hati.

# sumber: novel " Sebarkan Cinta-Mu."(Fatimah Syarha Mohd Nordin)

Isnin, 30 Julai 2012

Pedoman ~~



Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Oooooooooooo……

Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan …
Lirik Pedoman - Nora Feat Voice Of Ummi @ Lirikami


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-pedoman-nora-feat-voice-of-ummi.html#ixzz229aFa4lW



Ahad, 29 Julai 2012

Apa Itu Kasih, Sayang, Dan Cinta


Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.
Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

Jumaat, 27 Julai 2012

Hamba Separuh Masa


Perilaku hamba adalah tunduk dan patuh. Setiap perkara yang disuruh, hal yang dilarang tidak dapat tidak hamba mesti taat tanpa kompromi. Pengingkaran hanya mengorak musibah kerana hidup hamba berada di dalam genggaman tuannya. Masakan hamba berani untuk ingkar, hamba tidak miliki apa-apa bahkan hamba itu adalah 'harta' tuannya.
Betapa rendah nilai hamba. Seorang hamba tidak memiliki maruah dan kehormatan diri. Tuan yang membeli mereka boleh memperlakukan mereka sesuka hati. Biarpun dicerca dan dihina, tiada kuasa hamba untuk membela diri. Bagi golongan hamba, hidup tidak beerti kerana walaupun mereka mempunyai hidup namun mereka tidak miliki kehidupan sendiri.
Sanggupkah kita menjadi hamba?
Hamba Manusia
Tidak! Tidak dalam konteks yang didefinisikan sebagai hamba manusia. Sesungguhnya manusia itu rakus dan liar. Sentiasa bertindak semata-mata untuk kepentingan dan kepuasan diri. Manusia tidak patut tunduk kepada manusia kerana setiap manusia itu darjatnya sama. Antara manusia mempunyai hak yang sama tanpa lebih dan kurang.
Sangat dangkal akal bagi mereka yang berasa terdapat jurang yang membezakan darjat manusia di dunia. Seandai ada yang berkata sedemikian pada era moden sebegini, akal mereka telah teruja untuk kembali ke zaman tanpa tamadun sebelum masihi dan jahiliyah. Jelas sekali mereka telah terperangkap dalam khayalan yang penuh tipu daya. Darjat yang mereka sangka memelihara kehormatan itu telah banyak merosakkan hubungan persaudaraan.
Hamba Agama
Apabila masalah penindasan dan perhambaan manusia cuba dilerai, golongan agama cuba menaikkan diri sebagai pembela keharmonian sejagat. Mereka memangkas perhambaan sesama manusia, sayangnya tindakan golongan agama ini melampau hingga menjadikan manusia hamba agama. Masyarakat galak disuap dengan dogma-dogma yang melemaskan. Menghalang manusia daripada berfikir, cukup hanya dengan 'Iman'. Mereka sering berkata, "Jangan banyak tanya, ikut sahaja hukum agama!"
Apabila manusia terlepas daripada perhambaan manusia, sanggup golongan agama ini menjadikan mereka perhambaan agama dengan pemikiran yang jumud. Memutuskan hukum-hukum tanpa masyarakat memahami dan menghayatinya. Membawa kepada salah faham sehingga membuatkan mereka rasa ditindas dengan agama mereka sendiri. Maka lahirlah pejuang-pejuang 'keadilan' yang lebih trendy dan seakan memahami. Ingat! Kejumudan hanya membangkitkan pemberontakan yang liar.

Hamba Nafsu
Namun tidak juga dinafikan, ramai yang menolak diperhambakan manusia dan agama tiba-tiba beralih untuk menjadi hamba nafsu. Sungguh ironi. Mereka bicara soal Hak Asasi Manusia, dalam masa yang sama masih terbelenggu dengan penjara dan kongkongan nafsu. LGBT, Liberalisme, Sosialisme dan lain-lain. Ini kerana mereka tidak tahu melihat. Mereka tidak kenal erti kebebasan sebenar.
Label yang mereka letak terhadap kumpulan mereka sungguh menyejukkan hati yang mendengar. 'Pejuang Keadilan'. Saudara-saudara kita yang cetek ilmu agama mula terpengaruh dan terikut. Mereka teruja mendengar laungan keamanan dan kebebasan yang menjadi fitrah manusia. Manusia tidak suka disekat, manusia tidak suka diarah, manusia tidak suka dikongkong. Mereka kata "Kami mempunyai Hak kami sendiri". Betul!
Namun mereka lupa hati mereka penuh penyakit yang tidak dapat diubati dengan ubat-ubat isme.
Hakikat Hamba
Hanya satu resolusi yang dapat dilakar. Kembalilah kepada Allah dan jadilah hamba Dia. Itu merupakan jalan bahagia yang kekal abadi. Menjadi Hamba Allah bermaksud kita telah bebas sepenuhnya daripada segala unsur pemikiran,nafsu dan darjat yang merosakkan diri.
Pejuang agama adakala menjadi hamba kepada Allah separuh dan hamba kepada Agama separuh. Hal ini terjadi apabila mereka hanya melihat hukum-hakam dalam kehidupan. Hingga mengenepikan soal perasaan dan peranan akal dalam menguruskan manusia.
Pejuangan 'keadilan' juga merupakan hamba kepada Allah separuh dan hamba kepada keadilan separuh. Keadilan itu prinsip Islam. Tetapi mereka membuang Allah dan berjuang dengan dasar akal semata-mata. Mereka menolak untuk mengambil hukum Allah sepenuhnya kerana telah tertanam perspektif negatif terhadap hukum-hukum tersebut.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, jangan jadi hamba separuh masa! Di sisi 'keadilan' kita berjuang hendak menegakkan Islam di muka bumi, namun di sisi 'akhlak' kita lupa pada Allah. Adakah kita boleh pilih syariat bahagian mana yang kita suka sahaja? Tepuk dada tanyalah iman. Di mana kita berada? Di sudut mana kehidupan kita sebagai hamba.
Sekali lagi Usah jadi Hamba Separuh Masa!