Rabu, 14 Ogos 2013

Air Mata


Air Mata…
Suatu yang sangat bermakna,
Suatu yang mampu mengubah jiwa dan raga,
Suatu yang tidak datang tanpa diundang,
Suatu yang hebat dan tidak ternilai.

Namun..
Air mata boleh menjadi suatu yang sia-sia dan tidak bernilai,
Andai ia dialirkan atas alasan yang rapuh,
Hanya kerana drama-drama sedih di kaca televisyen,
Hanya kerana kisah sepasang kekasih yang diuji,
Hanya kerana kehilangan harta yang bertimbun.

Tetapi, air mata tidak pula dialirkan
Apabila terkenang segala dosa yang dilakukan,
Apabila berdamping dan mengadu pada Yang Esa,
Apabila saudara seagamamu dihina dan dibunuh,
Apabila pejuang-pejuang Islam gugur syahid di medan pertempuran.

Apa nilai air matamu,
Dimata tempat air matamu kau alirkan,
Atas sebab apa air matamu kau alirkan,
Hitunglah,
Nilailah.. Harga Air matamu

Ahad, 14 April 2013

Persoalan Kehidupan


Sebuah kisah bermula dengan tangisan,
Suatu perjalanan penuh 1001 perasaan,
Suka duka sedih gembira silih berganti,
Putaran roda kehidupan membawa seribu erti.
Menjadi bekal menyusuri ranjau berduri
Sebuah kehidupan yang menjadi lautan inspirasi
Kepada insan-insan yang sabar mengharungi.

Duhai pengembara dunia..
Apakah makna kehidupan bagi mu?
Adakah untuk menjadi seorang ynag tersohor dimana namamu disebut-sebut dan disanjung-sanjung..
Atau menjadi pengemudi yang merentasi lautan kehidupan membawa ribuan pengikut, menuju destinasi yang tak pasti.
Apakah erti kehidupan bagi dirimu wahai insan akhir zaman??
Adakah perjalanan hidupmu bermatlamatkan suatu yang pasti
Atau kalian merentasi sejuta rintangan tapi tidak tahu dimana ia akan berakhir nanti

Wahai penghuni dunia..
Apakah kakimu telah dikau pasakkan dibumi sehingga dikau tidak mampu mendongak ke langit
Atau wajahmu dikau dongakkan kelangit sehinngga dikau tidak nampak apa yang ada dibumi.
Apakah sejarah mereka-mereka yang terdahulu kau hanya jadikan sekadar hiburan dan bukan pengajaran
Adakah perjuangan pahlawan terdahulu dikau hanya jadikan tontonan,
Adakah tangisan air mata mereka dikau tidak hiraukan,

Dimana perjalanan kehidupanmu hendak kau akhiri
Dimana dikau ingin tamatkan sebuah kisah perlayaran di lautan kehidupan
Dimana hendak kau tuju bahtera yang kau kemudi,
Dimana dikau hendak tutupkan kisah perjalananmu.
Hanya dirimu mampu mengubah apa yang kau ingin kecapi.
Wahai pengembara dunia yang sementara.

Selasa, 2 April 2013

Wahai Insan


WAHAI INSAN

Duhai orang-orang yang menjadi tawanan dunia,
Yang dihamba oleh hawa nafsunya,
Yang menjadi sarang dosa dan gudang keburukan.

Wahai orang-orang yang gemar bergelumag dalam kesalahan dan kemaksiatan
Yang senang meninggalkan perintah Ar-Rahman
Yang lebih suka mengikut jalan syaitan yang mematikan

Wahai orang yang pergi tanpa bekal
Wahai orang yang matanya beku dan hatinya batu
Wahai orang yang menangisi dunia tanpa menangisi yang terkemudian.

Wahai insan….
Dapatkah dikau jawab tatkala nanti ditanya apa yang dikau lakukan dengan segala nikmat yang dikau perolehi,
Apa yang dikau lakukan dengan tangan dan kakimu,
Apa yang dikau lakukan dengan akal dan fikiranmu,
Apa yang dikau lakukan dengan harta dan keturunanmu,
Apa yang dikau lakukan dimasa mudamu,
Apa yang dikau lakukan dibumi milik-Nya ini..

Wahai insan..
Pernahkan air matamu dikau titiskan kerana takut pada Ilahi,
Pernahkah air matamu mengalirkan kerana terkenang segala dosa yang dikau pernah kau lakukan,
Pernahkah air matamu menangis tatkala bermunajat pada Yang Esa
Mampukah air matamu yang kau alirkan selama ini menjadi pemadam terhadap api yang kelak membakar tubuhmu itu

Atau..
Air matamu hanya mengalir kerana dunia yang sementara
Air matamu mengalir hanya kerana hartamu yang hilang berterbangan
Air matamu menitis saat kekasih hatimu pergi meninggalkanmu
Air matamu hanya kau titiskan pada suatu yang sementara.
Yang tiada nilainya.

Wahai insan yang lena dibuai mimpi.
Sedarlah dari lena dunia yang sementara,
Bangkitlah mengemudi kehidupanmu kearah Yang Esa,
Langkahkan kakimu ke pintu-pintu taubat yang tidak pernah tertutup,
Angkatlah tanganmu memohon keampunan dari Yang Maha Pengampun.
Alirkanlah air matamu demi menghapus dosa silam.

Wahai insan..
Ingatlah…
Yang hidup pasti akan pergi menghadap-Nya,
Sesungguhnya mati itu pasti datang pada setiap insan,
Pabila tiba saatnya tiada apa yang mampu menghalangnya,
Pabila tiba saatnya tiada apa yang mampu menyelamatkanmu selain iman dan amal.
Bukan hartamu yang menimbun
Bukan pangkat yang dikau sandang
Bukan pengikutmu yang memujamu

Wahai insan..
Aturkan semula perjalananmu
Susun kembali langkahmu yang telah tersasar,
Titipkan rasa cinta pada Yang Maha Pencinta,
Hadirkan rindu bertemu Yang Maha Mendengar,
Yang Maha Melihat,
Yang Maha  Mengetahui,
Agar kau tidak lagi leka dan lupa
Yang sesungguhnya kau adalah Insan Milik-Nya.

Insan milik-Nya

Sabtu, 9 Februari 2013

20 Adab Berbual ~~

1. bertujuan baik.
-- "barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam." (direkodkan oleh Bukhari Muslim)

2. jelas dalam perkataan.
-- "bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga mampu difahami oleh semua yang mendengar." (direkodkan oleh Abu Daud)

3. tidak berbual kosong.
-- "sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat adalah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara." (direkodkan oleh Tirmizi )

4. tidak terlalu banyak bercakap.
-- "Ibnu Mas'ud r.a senantiasa mengajar kami setiap hari Khamis maka berkata seorang lelaki : 'Wahai Abu Abdurahman(gelaran Ibnu Mas'ud) ! Mahukan tuan mengajar kami setiap hari?' Maka jawab Ibnu Mas'ud:'Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanku, hanya aku khuatir ia membosankan kamu, keran aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami." (Muttafaq 'alaiah)

5. Mengulangi kata-kata yang penting sekiranya perlu.
-- Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW jika berbicara, baginda SAW mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda SAW mendatangi rumah seseorang baginda SAW mengucapkan salam tiga kali (direkodkan oleh Bukhari).

6. menghindari ucapan yang batil.
-- "sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai olah ALlah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian maka Allah SWT mencatatkammya yang demikian itu sampai hari kiamat." (direkodkan oleh Termizi)

7. menjauhi perdebatan sengit.
-- " Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat." (direkodkan oleh Ahamd dan Termizi)

8. menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.
-- "bukanlah seorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji." (direkodkan oleh Termizi dengan sanad sahih)

9. menghindari banyak bergurau.
-- "sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi Allah SWT pada hari Kiamat kelak adalah golongan yang suka membuat manusia tertawa." (Direkodkan oleh Bukhari)

10. menghindari menceritakan aib.
-- "Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu dia pergi, maka ceritanya menjadi amanah bagimu untuk menjaganya." (direkodkan oleh Abu Daud dan Termizi dan dia menilai hadis ini hasan)

11. mengindari dusta.
-- "Tanda-tanda munafik itu ada tiga; jika ia berbicara ia berdusta, jika berjanji dia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianati." (direkodkan oleh Bukhari)

12. menghindari mengumpat dan mengadu domba.
-- "Janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling berkata-kata keji dan janganlah kamu saling menghindari dan janganlah kamu saling mengumpat satu dengan yang lain dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara." (Muttafaq 'alaih)

13. berhati-hati memuji dengan niat membodek
-- Daripada Abdurrahman bin Abi bakrah dariapada bapanya : Ada seorang yang membodek orang yang lain didepan orang itu, maka kata Nabi SAW "Awas, kamu telah mencelakakan saudaramu!"(2 kali), lalu kata baginda SAW,"Jika ada seseorang ingin memuji orang lain dihadapannya maka ktakanlah: cukuplah si fulan, semoga Allah mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorang pun disisi AllahSWT, lalu barulah katakan yang sesuai kenyataannya." (Hadis Muttafaq 'alaih dan ini adalah lafaz Muslim)

14. penolakan terhadap sesuatu yg tidak dipersetujui perlu dalam keadaan tetap menghormati, suara lembut serta tidak meninggikan suara.

15. penolakan perlu dengan dalil dan nasihat.

16. pernolakan perlu dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya terlebih dahulu sebelum mengomentar yang salah.

17. pernolakan tidak bertentangan dengan syariat.

18. hal ynag dibicarakan adalah hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.

19. tidak berbicara diluar kemampuan lawan berbicara ynag dikhuatirikan menjadi fitnah bagi diri dan agama.

20. saat menolak, perlu  menjaga hati dalam keadaan bersih dan menghindari kebencian serta penyakit hati.

# sumber: novel " Sebarkan Cinta-Mu."(Fatimah Syarha Mohd Nordin)