Air
Mata…
Suatu
yang sangat bermakna,
Suatu
yang mampu mengubah jiwa dan raga,
Suatu
yang tidak datang tanpa diundang,
Suatu
yang hebat dan tidak ternilai.
Namun..
Air
mata boleh menjadi suatu yang sia-sia dan tidak bernilai,
Andai
ia dialirkan atas alasan yang rapuh,
Hanya
kerana drama-drama sedih di kaca televisyen,
Hanya
kerana kisah sepasang kekasih yang diuji,
Hanya
kerana kehilangan harta yang bertimbun.
Tetapi,
air mata tidak pula dialirkan
Apabila
terkenang segala dosa yang dilakukan,
Apabila
berdamping dan mengadu pada Yang Esa,
Apabila
saudara seagamamu dihina dan dibunuh,
Apabila
pejuang-pejuang Islam gugur syahid di medan pertempuran.
Apa
nilai air matamu,
Dimata
tempat air matamu kau alirkan,
Atas
sebab apa air matamu kau alirkan,
Hitunglah,
Nilailah.. Harga Air matamu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan